Ulasan buku Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku dalam Utusan Malaysia bertarikh 14 Mei 2008
Mei 14, 2008

Ulasan buku Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku dalam Utusan Malaysia bertarikh 14 Mei 2008 (klik di sini

Sehari sebuah buku

BUKU ini menjawab dilema para penulis dan pensyarah yang menghadapi kesukaran menerbitkan buku mereka melalui penerbit komersial sedia adalah dengan menerbit buku sendiri. 

Satu-satunya naskhah bercetak tempatan yang secara sengaja tidak dipamerkan di kedai-kedai melainkan hanya melalui edaran di internet. Buku ini membincangkan secara lengkap dari proses menulis, memilih reka bentuk dan grafik, menentukan harga, mencetak sehinggalah promosi dan pemasaran buku.

Adunan pengalaman menerbitkan 250 judul buku sepanjang enam tahun termasuklah buku terlaris nasional serta di Indonesia iaitu Rahsia Bisnes Orang Cina karangan Ann Wan Seng yang dibaca hampir 70,000 orang, menjadikan penulis berautoriti mengetengahkan kaedah praktikal kepada orang ramai.

Judul: Buat Duit dengan Terbit

Sendiri Buku

Penulis: Nazrul Samsudin

Penerbit: MNS Infobiz Consultancy

ISBN: 978-983-43927-0-3

 

Kuantiti terhad dan sedang kehabisan di pasaran. Segera miliki Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku hari ini sementara stok masih ada. Klik di sini