Ulasan buku Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku dalam Utusan Malaysia bertarikh 14 Mei 2008
Mei 14, 2008

Ulasan buku Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku dalam Utusan Malaysia bertarikh 14 Mei 2008 (klik di sini

Sehari sebuah buku

BUKU ini menjawab dilema para penulis dan pensyarah yang menghadapi kesukaran menerbitkan buku mereka melalui penerbit komersial sedia adalah dengan menerbit buku sendiri. 

Satu-satunya naskhah bercetak tempatan yang secara sengaja tidak dipamerkan di kedai-kedai melainkan hanya melalui edaran di internet. Buku ini membincangkan secara lengkap dari proses menulis, memilih reka bentuk dan grafik, menentukan harga, mencetak sehinggalah promosi dan pemasaran buku.

Adunan pengalaman menerbitkan 250 judul buku sepanjang enam tahun termasuklah buku terlaris nasional serta di Indonesia iaitu Rahsia Bisnes Orang Cina karangan Ann Wan Seng yang dibaca hampir 70,000 orang, menjadikan penulis berautoriti mengetengahkan kaedah praktikal kepada orang ramai.

Judul: Buat Duit dengan Terbit

Sendiri Buku

Penulis: Nazrul Samsudin

Penerbit: MNS Infobiz Consultancy

ISBN: 978-983-43927-0-3

 

Kuantiti terhad dan sedang kehabisan di pasaran. Segera miliki Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku hari ini sementara stok masih ada. Klik di sini

Tiga cara menentukan sebab terbit buku sendiri
Mei 13, 2008

Oleh Nazrul Samsudin

Lihat situasi di bawah. Individu menerbit sendiri buku mereka kerana pelbagai sebab. Sebagai contoh:

 

Situasi 1
En. Shamsuddin adalah perancang kewangan bertauliah di Kuala Lumpur. Beliau sudah menulis banyak nota mengenai tip bagaimana merancang kewangan peribadi. Nota-nota ini beliau edarkan kepada setiap peserta seminar yang beliau anjurkan.

Beliau bercadang menukar nota-nota itu menjadi buku dan menerbit sendiri. Buku itu akan dijual kepada peserta seminar beliau akan datang.

Situasi 2
En. Azhar adalah pensyarah di salah sebuah universiti tempatan di utara Semenanjung Malaysia. Salah satu subjek yang beliau ajar ialah subjek teras yang wajib diambil oleh setiap pelajar tahun satu.

Setiap semester, ada tidak kurang daripada 600 pelajar yang mengambil subjek itu. Buat masa sekarang, pelajar-pelajar hanya bergantung pada nota ringkas yang diberikan oleh En. Azhar.

Beliau bercadang menulis semula nota sedia ada dan menerbit sendiri dalam bentuk buku. Kemudian buku-buku itu akan dijual terus kepada pelajar-pelajar yang mengambil subjek yang diajar setiap semester.

Dengan cara ini beliau dapat membantu pelajar supaya lebih faham subjek yang diajar dan dalam masa yang sama, beliau mencipta pendapatan sampingan.

Situasi 3
Cik Ida berbakat menulis cerpen. Beliau pernah beberapa kali menang pertandingan cerpen semasa di sekolah menengah.

Sejak setahun lepas beliau mula berjinak-jinak menulis novel pula. Beliau baru sahaja menyiapkan sebuah novel cinta. Itu adalah novel pertama beliau.

Beliau mengupah kawan baik beliau, Aini bagi membuat rekabentuk halaman dan kulit novelnya itu. Aini adalah artis DTP di salah sebuah syarikat penerbitan buku di Kuala Lumpur.

Ida menghantar bukunya itu ke kedai percetakan digital dan membuat 10 salinan novelnya itu secara POD. Kemudian beliau menghadiahkan novelnya itu kepada kawan-kawan rapat sebagai hadiah dan meminta mereka memberi komen.

Situasi 4
Puan Salmah seorang ibu tunggal dan mempunyai 4 orang anak. Sejak suaminya meninggal akibat kemalangan jalan raya, beliaulah yang bertungkus-lumus mencari rezeki dan membesarkan anak-anak.

Sekarang, beliau adalah usahawan wanita berjaya. Anak-anak beliau kesemuanya menjadi individu berjaya.

Beliau berhasrat membukukan pengalaman hidupnya dengan cara menerbit sendiri dan mengedar di pasaran umum supaya pengalaman beliau itu dapat dikongsi dengan orang ramai. Sebahagian hasil jualan bukunya nanti akan didermakan kepada Persatuan Ibu Tunggal Selangor.


Keempat-empat individu dalam empat situasi di atas mempunyai sebab dan objektif tersendiri mengapa mereka mahu terbit sendiri buku mereka. Apa yang penting ialah anda perlu memilih pendekatan sesuai dengan situasi dan harapan anda.

Sebagai panduan kepada anda:

  • Buat keputusan apakah sebab atau objektif yang anda hendak capai dengan terbit sendiri buku.
  • Apabila anda sudah tetapkan objektif terbit sendiri, barulah anda tahu sejauh mana masa, tenaga, duit dan risiko yang perlu anda laburkan.
  • Sumber yang dilaburkan bagi terbit sendiri buku mestilah sesuai dan realistik mengikut hasil yang anda harapkan.

Kuantiti terhad dan sedang kehabisan di pasaran. Segera miliki Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku hari ini sementara stok masih ada. Klik di sini

Tiga petua mahu menjadi penulis yang berpengaruh
Mei 4, 2008

Oleh Zamri Mohamad

Dalam satu temubual dalam rancangan mingguan Ogy dan Salleh di TV1, seorang penulis skrip bernama Nazli Jaafar telah dijemput. Beberapa pandangan yang menarik daripada beliau dapat dijadikan panduan kepada penulis bebas.

Pertama, “Setiap hari saya akan memastikan diri saya mengenali seorang individu baru.”

Kedua, “Sebagai penulis kita tidak boleh mudah menilai dan menghukum orang melalui penulisan.”

Ketiga, “Setiap orang mempunyai buku dalam diri mereka masing-masing. Pelbagai tajuk dan pelbagai genre. Unik, penulis perlu belajar mengenainya.”

Ingin buku ini secara percuma? Sah sebelum 7 Mei 2008 klik di sini

Saya mahu terbit buku sendiri
Mei 3, 2008

Oleh Nazrul Samsudin

Ramai penulis memilih menerbit sendiri buku mereka kerana tiada penerbit komersial yang berminat menerbit buku mereka. Antara faktor mengapa penerbit tidak tertarik menerbit buku penulis ialah kerana pasarannya yang kecil. Penerbit lebih berminat menerbit buku yang mampu menarik ramai pembeli. Dengan cara ini secara automatik jualan buku berlipat kali ganda dan untung yang diperolehi juga tinggi.

Sebagai contoh, penerbit lebih suka menerbit buku motivasi kerana pasarannya lebih luas berbanding menerbit buku mengenai koleksi batu-batu unik yang terhad pasarannya.

Kuantiti terhad dan sedang kehabisan di pasaran. Segera miliki Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku hari ini sementara stok masih ada. Klik di sini

 

Buku percuma Rahsia Bisnes Mamak untuk anda
Mei 2, 2008

Buku Rahsia Bisnes Mamak dengan tandatangan penulis untuk SEORANG pembeli dihadiahkan percuma melalui cabutan bertuah bagi pembelian Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku sebelum atau pada 7 Mei 2008!

Buku ini menduduki top 10 terlaris PTS Profesional di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008. Buku berharga RM23.00 setebal 239 halaman percuma untuk pembeli bertuah! Hanya pembelian melalui laman ini sah bagi cabutan bertuah

Anda mungkin mempunyai sebab-sebab peribadi ataupun profesional mengapa anda hendak menerbit buku. Mungkin kerana hendak jadikannya sebagai sumber pendapatan tambahan. Ataupun mungkin sumber pendapatan tetap sebagai penulis sepenuh masa. Mungkin juga anda ada maklumat penting yang ingin dikongsi ataupun ada cerita menarik bagi disampaikan kepada umum. Dan jika anda seorang pensyarah, mungkin kerana hendak naik pangkat.

Kebelakangan ini, penulis mula didedahkan dengan cara baru menerbit buku mereka sebagai jalan alternatif. Cara ini dinamakan sebagai terbit sendiri.

Penulis bestseller menerbitkan buku sendiri

Tahukah saudara, Di Malaysia sudah ramai penulis yang menerbit sendiri buku mereka. Antaranya Azizi Ali, Norhayati Berahim, Dato’ A Samad Said, dan ramai lagi. Ramai juga yang menerbit sendiri buku terdiri di kalangan pensyarah universiti dan kolej khusus untuk para pelajar mereka. Sebahagian sudah mencapai tahap bestseller, kini anda juga dapat memenuhi impian menerbitkan buku sendiri!

Dapatkan keuntungan dari buku sendiri sehingga 80 peratus!

Anda tidak perlu lagi mengharapkan royalti 10-20 peratus yang ditawarkan oleh penerbit. Dengan terbit sendiri dan mengedar sendiri buku anda, anda dapat nikmati royalti sehingga 80 peratus.

Menerbit sendiri buku bukanlah asing terutamanya di negara-negara barat seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom. Ramai penulis-penulis terkenal dengan buku-buku Best-seller mereka sebenarnya bukanlah diterbit oleh penerbit terkenal. Tetapi mereka menerbit sendiri dengan belanja dari poket sendiri.

Memerlukan modal yang rendah bagi menerbitkan buku pertama anda!

Kos bagi menerbit sendiri buku anda juga tidaklah semahal seperti dahulu. Anda juga boleh buat duit dengan mengedar dan menjual sendiri buku yang diterbitkan dengan bantuan internet.

Terbit sendiri mula bertapak dan berkembang apabila teknologi baru percetakan dikenali sebagai percetakan digital dan desktop publishing diperkenalkan. Sekarang, sebalik perlu cetak beribu-ribu naskhah bagi setiap judul yang terbit, anda boleh cetak minimum senaskhah sahaja dalam satu-satu masa.

Tulis terbit dan jual sendiri buku anda secara mudah dan segera!

Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku anda ditulis khusus untuk ada. Kelebihan buku ini untuk anda

  • Ditulis dengan gaya bahasa yang mudah.
  • Penjelasan satu persatu yang mudah diikuti.
  • Tip yang dapat dilakukan pada bila-bila masa, cepat dan tepat,
  • Mempercepatkan impian menerbitkan buku anda pada pertama kali dan seterusnya.

Apa yang saya akan dapat apabila membaca buku ini?

  • Saya mendapat tip menyunting manuskrip sendiri mengikut kehendak pasaran buku.
  • Saya mendapat tip membuat rekabentuk halaman supaya nampak profesional.
  • Saya mendapat tip membuat kulit buku yang menarik.
  • Saya mendapat tip memilih editor dan artis grafik sambilan.
  • Saya mendapat tip bagaimana memohon ISBN dan PDP dari Pusat Bibliografi Negara.
  • Saya mendapat tip membuat anggaran untung rugi bagi buku sendiri.
  • Saya mendapat tip menetapkan harga buku yang menguntungkan.
  • Saya mendapat tip memasar dan mempromosi buku sendiri.
  • Saya mendapat tip mengedar dan menjual buku sendiri.
  • Saya mendapat tip bagaimana buku saya dapat ditukar menjadi e-book dan menggandakan keuntungan!

Saya mendapat semuanya hanya dari Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku

Hanya beberapa naskhah sahaja tinggal pada hari akhir selepas sepuluh hari di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 (PBAKL 08). Kini hanya dijual secara online. Pesan senaskhah buku kelima bestseller di gerai buku PTS di PBAKL 08.

Apa kata mereka yang mengenai penulis Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku

“Penulis mempunyai 6 tahun pengalaman menerbitkan buku. Ini termasuklah pengalaman membina judul buku bestseller, membimbing dan membangunkan penulis, menyunting, merekabentuk halaman dan kulit buku, menyediakan kos penerbitan, berurusan dengan pencetak, mempromosi dan mengedar buku yang diterbitkan. Pengalaman praktikal menerbitkan buku yang beliau ada sudah cukup berguna bagi sesiapa yang berhasrat menerbit buku sendiri.”

Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, Profesor Bahasa Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

“Jika anda berhasrat menerbit sendiri buku, inilah buku rujukan terbaik yang boleh anda jadikan panduan.”

Sayid Munawar Sayid Mohd Mustar, pengacara segmen Resensi Buku, RTM 1

Dapatkan buku yang terlaris di pasaran hanya secara online!

Hanya RM40 (termasuk pos) (Harga untuk semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak )

TERHAD UNTUK 100 PEMBELI SEBELUM 7 MEI 2008

Buku Rahsia Bisnes Mamak untuk SEORANG Pembeli dihadiahkan percuma melalui cabutan bertuah bagi pembelian Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku sebelum atau pada 7 Mei 2008! Buku ini menduduki top 10 terlaris PTS Profesional di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008. Buku berharga RM23.00 setebal 239 halaman percuma untuk pembeli bertuah! Hanya pembelian melalui laman ini sah bagi cabutan bertuah

Terbit sendiri dan terbit dengan orang lain
April 28, 2008

Oleh Nazrul Samsudin

Terbit sendiri berbeza dengan terbit secara tradisional melalui penerbit buku. Anda menulis dan menyiapkan manuskrip kemudian menghantar manuskrip itu kepada penerbit bagi dinilai. Jika penerbit setuju menerbit manuskrip anda, proses seterusnya diuruskan oleh penerbit. Ini termasuklah urusan mencetak, memasar, menjual dan mengedar. Anda hanya menunggu bayaran royalti daripada penerbit selepas tempoh tertentu.

Dengan kata lain, segala urusan penerbitan dikawal sepenuhnya oleh penerbit. Anda tidak boleh campur tangan dalam proses penerbitan kecuali dibenarkan oleh penerbit.

Kuantiti terhad dan sedang kehabisan di pasaran. Segera miliki Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku hari ini sementara stok masih ada. Klik di sini

 

Oh, ini maknanya terbit buku sendiri
April 26, 2008

Oleh Nazrul Samsudin

Ramai penulis yang pernah menerbit buku dengan penerbit, selepas tempoh tertentu berhasrat menerbit sendiri bukunya. Mereka menyangka jika mereka terbit sendiri, tentulah imbuhan wang yang bakal diperolehi lebih banyak.

Namun ada juga penulis tertanya-tanya bagaimana hendak terbit sendiri? Ada juga yang masih tidak tahu dan jelas dengan maksud terbit sendiri.

Terbit sendiri bermaksud proses menukar bahan bertulis yang anda miliki ke bentuk buku bercetak. Kemudian anda memasar, menjual dan mengedar sendiri kepada kedai buku, pengedar dan pengguna akhir iaitu pembaca. Dengan kata lain anda memiliki kuasa penuh dalam proses penerbitan buku anda. Anda yang membuat keputusan dan anda jugalah yang menanggung risikonya.

Kuantiti terhad dan sedang kehabisan di pasaran. Segera miliki Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku hari ini sementara stok masih ada. Klik di sini