Archive for April 2008

Terbit sendiri dan terbit dengan orang lain
April 28, 2008

Oleh Nazrul Samsudin

Terbit sendiri berbeza dengan terbit secara tradisional melalui penerbit buku. Anda menulis dan menyiapkan manuskrip kemudian menghantar manuskrip itu kepada penerbit bagi dinilai. Jika penerbit setuju menerbit manuskrip anda, proses seterusnya diuruskan oleh penerbit. Ini termasuklah urusan mencetak, memasar, menjual dan mengedar. Anda hanya menunggu bayaran royalti daripada penerbit selepas tempoh tertentu.

Dengan kata lain, segala urusan penerbitan dikawal sepenuhnya oleh penerbit. Anda tidak boleh campur tangan dalam proses penerbitan kecuali dibenarkan oleh penerbit.

Kuantiti terhad dan sedang kehabisan di pasaran. Segera miliki Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku hari ini sementara stok masih ada. Klik di sini

 

Oh, ini maknanya terbit buku sendiri
April 26, 2008

Oleh Nazrul Samsudin

Ramai penulis yang pernah menerbit buku dengan penerbit, selepas tempoh tertentu berhasrat menerbit sendiri bukunya. Mereka menyangka jika mereka terbit sendiri, tentulah imbuhan wang yang bakal diperolehi lebih banyak.

Namun ada juga penulis tertanya-tanya bagaimana hendak terbit sendiri? Ada juga yang masih tidak tahu dan jelas dengan maksud terbit sendiri.

Terbit sendiri bermaksud proses menukar bahan bertulis yang anda miliki ke bentuk buku bercetak. Kemudian anda memasar, menjual dan mengedar sendiri kepada kedai buku, pengedar dan pengguna akhir iaitu pembaca. Dengan kata lain anda memiliki kuasa penuh dalam proses penerbitan buku anda. Anda yang membuat keputusan dan anda jugalah yang menanggung risikonya.

Kuantiti terhad dan sedang kehabisan di pasaran. Segera miliki Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku hari ini sementara stok masih ada. Klik di sini

Bengkel menulis buku sendiri
April 23, 2008

KOTA BHARU: Perpustakaan Awam Islam Dar Nur al-Zahra’ dengan kerjasama pengedar buku kanak-kanak Islam, MariBaca Bookstore dan penerbit buku terkemuka tanah air, PTS Publications Sdn Bhd akan menganjurkan bengkel penulisan pada 2 Mei depan.

Setiausaha Dar Nur al-Zahra’, Nor Haniza Taib berkata, bengkel sehari itu diadakan di Dewan Perpustakaan terbabit dan terbuka kepada umum khususnya mereka yang berminat dalam bidang penulisan dan menghasilkan buku sendiri.

Katanya, bengkel berkenaan akan dikendalikan oleh Pengurus Penerbitan PTS Publications, Nazrul Samsudin. Beliau merupakan penulis buku bertajuk ‘Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku‘.

Selain itu Nazrul yang berasal dari Kelantan juga berpengalaman dalam bidang pengurusan dan penerbitan buku. Sepanjang berkhidmat di PTS beliau berjaya mengurus dan menerbitkan 250 judul buku dalam pelbagai kategori.

Petikan berita daripada Kelantankini

Kuantiti terhad dan sedang kehabisan di pasaran. Segera miliki Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku hari ini sementara stok masih ada. Klik di sini

Nisah Haron dan buku
April 23, 2008

Semalam sempat singgah di Pesta Buku untuk membeli belah, bukan untuk buat appearance di Gerai Al-Ameen. Sengaja kosongkan hari untuk bersantai menikmati buku. Pun, sangkaan sangat meleset kerana masih ada rombongan sekolah yang memenuhi ruangan TR3. Boleh tahan sesaknya.

Yang paling aman, tentunya di sekitar gerai Wira Bukit (TR2), boleh santai-santai dan minum-minum. Lagipun semalam hari lahir Pak Samad. Sempat jugalah mengujar ucap selamat kepada beliau sambil bersembang pendek dengan Dr. Siti Zainon Ismail yang sudah lama tidak bertemu. Tidak ketinggalan, mendapatkan tandatangan Pak Samad untuk buku terbaharunya 68 Soneta Pohon Gingko.

Sesiapa yang Pesta Buku mesti singgah di gerai Wira Bukit di TR2 kerana latar dindingnya menarik sekali dan sangat sesuai dijadikan latar belakang untuk bergambar. Lihat sahaja sesiapa yang bergambar dengan Pak Samad di gerainya, memang sesuai untuk difremkan!

Pembelian setakat semalam :

1. Falsafah Dunia (Ninian Smart) – ITNM
2. Dunia Sophie (Josten Gaarder) – ITNM
3. 68 Soneta Pohon Gingko (A. Samad Said) – Wira Bukit
4. Buat Duit Dengan Terbit Buku Sendiri (Nazrul Samsudin) – MNS
5. Memahami Penerbitan Buku (Hamedi Mohd Adnan) – Medium
6. Memahami Penyuntingan Naskhah (Hamedi Mohd Adnan) – Medium
7. Kenang-kenangan Abdullah Munsyi (Zahari A. Rashid) – IBS Books
8. Mencari Jalan Pulang (Kassim Ahmad) – ZI Books
9. Saga Horizon (Fadli Al-Akiti) – Alaf21

Nampak sedikit sahaja jumlahnya. Oh, ini koleksi peribadi.

Petikan blog Nisah Haron

Kuantiti terhad dan sedang kehabisan di pasaran. Segera miliki Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku hari ini sementara stok masih ada. Klik di sini

Kulit buku jadi magnet karya
April 23, 2008

Kami tiba hampir jam 11 pagi dari Ipoh dan parkir sudah penuh. Hari Sabtu bukan hari yang sesuai ke Pesta Buku jika anda inginkan suasana aman dan tenteram. Dewan Pameran Utama penuh sesak terutama oleh pelajar-pelajar yang datang dengan rombongan sekolah.

Pesta Buku kali ini saya rasakan banyak peningkatan dari tahun sebelumnya. Banyak buku-buku baru yang dilancarkan sempena Pesta Buku. Gerai Institut Terjemahan Negara sebagai contoh mengejutkan saya dengan mempamerkan banyak judul-judul buku yang diterjemahkan ke bahasa Melayu. Jauh beza dengan tahun lepas. Buku Mortimer J Adler dan Malik Bennabi sudah diterjemahkan ke Bahasa Melayu. Banyak yang saya berkenan tetapi sesak sangat dengan pengunjung.

Saya lebih gemar dewan di seberang sungai kerana kurang sesak dengan orang. Lagipun gerai yang saya cari-cari ada di sana iaitu, gerai penerbit universiti-universiti juga gerai IKAPI. Gerai pengedar buku Indonesia atau IKAPI mengecewakan saya kali ini, kurang buku dan harganya mahal. Mungkin buku baru belum sampai untuk dipamerkan.

Gerai PTS di sini memang jadi tumpuan. Saya suka konsep sudut meja taman di mana para penulis PTS sibuk mempromosi buku mereka. Saya lihat Mat Jan sibuk mengacarakan sesi bersama penulis sains fiksyen. Firdaus , Vovin, Zaki Zainol dan rakan-rakan.

Saya beli 3 buku baru di gerai PTS. Buku Rahsia Bisnes Mamak tulisan rakan blogger Elmaaniq dan penulis Zamri Mohamad.

Saya beli buku Buat Duit Dengan Terbit Buku Sendiri tulisan Nazrul Samsudin. Buku ini beliau terbitkan sendiri. Saya sangat suka dengan kulit bukunya.

Petikan blog Jiwarasa

Kuantiti terhad dan sedang kehabisan di pasaran. Segera miliki Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku hari ini sementara stok masih ada. Klik di sini

Rahsia terbit buku di Kelantan
April 23, 2008

Alhamdulillah, saya telah berkesempatan berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur selama 2 hari iaitu 6 dan 7 April yang lalu. Dalam kunjungan tersebut saya bertuah kerana diizinkan Allah SWT untuk bertemu beberapa orang penulis yang telah terkenal dan sedang meningkat naik terutamanya para penulis dari Syarikat buku PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Sehubungan dengan pertemuan tersebut saya telah berbincang dengan salah seorang orang penting PTS iaitu En. Nazrul Samsudin yang kini telah pun menerbitkan sendiri sebuah buku yang bertajuk, Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku”Alhamdulillah, beliau telah sudi untuk bersama kami mengadakan satu bengkel penulisan…

Petikan blog Perpustakaan Awam Islam Dar Nur al-Zahra’

Kuantiti terhad dan sedang kehabisan di pasaran. Segera miliki Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku hari ini sementara stok masih ada. Hanya untuk hari ini. Klik di sini

Siapa penulis buku ini
April 23, 2008

Penulis buku ialah En. Nazrul Samsudin. Beliau berpengalaman luas dalam dunia penerbitan khususnya buku umum. Kini beliau bertugas sebagai Pengurus Penerbitan di PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. (PTS Pro) di Kuala Lumpur. PTS Pro adalah penerbit buku yang fokus menerbit buku pendidikan, bisnes dan pengurusan dalam bahasa Melayu.

Beliau adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dan Sarjana Undang-undang Perbandingan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Antara jawatan yang pernah di sandang beliau dalam dunia penerbitan di PTS;

  • Editor Perolehan – bertugas merancang dan membangun judul buku bagi diterbitkan seterusnya membangunkan penulis berbakat
  • Pegawai Undang-undang – bertanggungjawab dalam aspek undang-undang hak cipta di syarikat
  • Pengurus Operasi – bertanggungjawab dalam proses penerbitan buku. Berpengalaman berurusan dengan pihak pembekal seperti pencetak buku, editor dan freelancer
  • Pengurus Penerbitan – bertanggungjawab dalam operasi penerbitan secara keseluruhan

Nazrul Samsudin telah mengurus dan menerbitkan 250 buah judul pelbagai kategori, antaranya bestseller buku Rahsia Bisnes Orang Cina tulisan Ann Wan Seng yang diterbitkan pada tahun 2006 dan sehingga kini tercetak melebihi 30,000 naskhah di Malaysia dan 40,000 naskah di Indonesia.

Kuantiti terhad dan sedang kehabisan di pasaran. Segera miliki Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku hari ini sementara stok masih ada. Hanya untuk hari ini. Klik di sini

Tip menerbit buku sendiri
April 23, 2008

 

Anda mungkin mempunyai sebab-sebab peribadi ataupun profesional mengapa anda hendak menerbit buku. Mungkin kerana hendak jadikannya sebagai sumber pendapatan tambahan. Ataupun mungkin sumber pendapatan tetap sebagai penulis sepenuh masa. Mungkin juga anda ada maklumat penting yang ingin dikongsi ataupun ada cerita menarik bagi disampaikan kepada umum. Dan jika anda seorang pensyarah, mungkin kerana hendak naik pangkat.

Kebelakangan ini, penulis mula didedahkan dengan cara baru menerbit buku mereka sebagai jalan alternatif. Cara ini dinamakan sebagai terbit sendiri.

Penulis bestseller menerbitkan buku sendiri

Tahukah saudara, Di Malaysia sudah ramai penulis yang menerbit sendiri buku mereka. Antaranya Azizi Ali, Norhayati Berahim, Dato’ A Samad Said, dan ramai lagi. Ramai juga yang menerbit sendiri buku terdiri di kalangan pensyarah universiti dan kolej khusus untuk para pelajar mereka. Sebahagian sudah mencapai tahap bestseller, kini anda juga dapat memenuhi impian menerbitkan buku sendiri!

Dapatkan keuntungan dari buku sendiri sehingga 80 peratus!

Anda tidak perlu lagi mengharapkan royalti 10-20 peratus yang ditawarkan oleh penerbit. Dengan terbit sendiri dan mengedar sendiri buku anda, anda dapat nikmati royalti sehingga 80 peratus.

Menerbit sendiri buku bukanlah asing terutamanya di negara-negara barat seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom. Ramai penulis-penulis terkenal dengan buku-buku Best-seller mereka sebenarnya bukanlah diterbit oleh penerbit terkenal. Tetapi mereka menerbit sendiri dengan belanja dari poket sendiri.

Memerlukan modal yang rendah bagi menerbitkan buku pertama anda!

Kos bagi menerbit sendiri buku anda juga tidaklah semahal seperti dahulu. Anda juga boleh buat duit dengan mengedar dan menjual sendiri buku yang diterbitkan dengan bantuan internet.

Terbit sendiri mula bertapak dan berkembang apabila teknologi baru percetakan dikenali sebagai percetakan digital dan desktop publishing diperkenalkan. Sekarang, sebalik perlu cetak beribu-ribu naskhah bagi setiap judul yang terbit, anda boleh cetak minimum senaskhah sahaja dalam satu-satu masa.

Tulis terbit dan jual sendiri buku anda secara mudah dan segera!

Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku anda ditulis khusus untuk ada. Kelebihan buku ini untuk anda

  • Ditulis dengan gaya bahasa yang mudah.
  • Penjelasan satu persatu yang mudah diikuti.
  • Tip yang dapat dilakukan pada bila-bila masa, cepat dan tepat,
  • Mempercepatkan impian menerbitkan buku anda pada pertama kali dan seterusnya.

Apa yang saya akan dapat apabila membaca buku ini?

  • Saya mendapat tip menyunting manuskrip sendiri mengikut kehendak pasaran buku.
  • Saya mendapat tip membuat rekabentuk halaman supaya nampak profesional.
  • Saya mendapat tip membuat kulit buku yang menarik.
  • Saya mendapat tip memilih editor dan artis grafik sambilan.
  • Saya mendapat tip bagaimana memohon ISBN dan PDP dari Pusat Bibliografi Negara.
  • Saya mendapat tip membuat anggaran untung rugi bagi buku sendiri.
  • Saya mendapat tip menetapkan harga buku yang menguntungkan.
  • Saya mendapat tip memasar dan mempromosi buku sendiri.
  • Saya mendapat tip mengedar dan menjual buku sendiri.
  • Saya mendapat tip bagaimana buku saya dapat ditukar menjadi e-book dan menggandakan keuntungan!

Saya mendapat semuanya hanya dari Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku

Apa kata mereka yang mengenai penulis Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku

“Penulis mempunyai 6 tahun pengalaman menerbitkan buku. Ini termasuklah pengalaman membina judul buku bestseller, membimbing dan membangunkan penulis, menyunting, merekabentuk halaman dan kulit buku, menyediakan kos penerbitan, berurusan dengan pencetak, mempromosi dan mengedar buku yang diterbitkan. Pengalaman praktikal menerbitkan buku yang beliau ada sudah cukup berguna bagi sesiapa yang berhasrat menerbit buku sendiri.”

Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, Profesor Bahasa Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

“Jika anda berhasrat menerbit sendiri buku, inilah buku rujukan terbaik yang boleh anda jadikan panduan.”

Sayid Munawar Sayid Mohd Mustar, pengacara segmen Resensi Buku, RTM 1

Dapatkan buku yang terlaris dan sedang kehabisan stok di pasaran hanya secara online! Pesanan untuk hari ini sementara stok masih ada.

Hanya RM40 (termasuk pos)

Bagi pesanan segera.

Pertama

Melalui Bank In Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) ke akaun berikut
ZAMRI MOHAMAD
Akaun nombor BIMB 14 162 0200 18190

E-melkan nama, nombor resit bank, tarikh, masa deposit wang dan alamat penghantaran ke zamrimohamad@gmail.com

Cara Kedua

Melalui wang pos berserta alamat penghantaran atas nama ZAMRI MOHAMAD ke alamat berikut

Zamri Mohamad
C7742 Batu 3 Jalan Pokok Mangga
75200 Melaka