Anda dinasihatkan jangan terbit sendiri.

Cuba lihat alasan-alasan di bawah. Jika salah satu daripada alasan di bawah sama dengan alasan anda bagi menerbit sendiri buku, anda dinasihatkan jangan terbit sendiri.

Hendak Cepat Kaya

Jangan terbit sendiri hanya kerana anda hendak cepat kaya. Apabila anda tahu kos mencetak sebuah buku bersaiz 6” x 9” dengan 160 halaman ialah RM3 senaskhah dan anda jual pada harga RM20 senaskhah, dengan mudah anda mengira untung yang anda dapat ialah sebanyak RM17.

Jika anda mencetak 2,000 naskhah dan berjaya menjual kesemuanya, sudah tentu margin untung anda ialah RM17 x 2,000 = RM34,000. Wow! Itu baru satu buku. Bagaimana jika ada 3 buku.

Tetapi hakikatnya, kos menerbit sendiri buku bukan setakat kos cetak sahaja. Banyak kos lain yang perlu anda keluarkan.

Antaranya kos membuat suntingan, rekabentuk halaman, kulit buku, promosi dan pemasaran. Begitu juga jika anda hendak menjual buku melalui kedai buku, anda perlu memberi diskaun yang tinggi sehingga 60 peratus daripada harga buku. Secara tidak langsung, ini sudah tentu menurunkan margin untung setiap buku yang dijual.

Jalan Mudah Menerbit Buku

Jangan sekali-kali terbit sendiri buku anda hanya kerana ingin melihat buku yang anda tulis itu dengan mudah berada di pasaran ataupun kedai buku. Jadi anda tidak perlu pening kepala mencari penerbit yang sesuai. Anda mungkin mampu melihat buku anda terbit cepat.

Tetapi sebenarnya anda baru bermula. Apabila anda menerbit sendiri, anda sebenarnya memikul kesemua tugas yang biasanya dikendalikan oleh eksekutif di sesebuah syarikat penerbitan buku. Jika anda tidak bersedia melaburkan masa, tenaga dan duit bagi menerbitkan sendiri buku, lebih baik serahkan manuskrip anda kepada penerbit komersial.

Angkuh dan Sombong

Ramai penulis yakin buku yang mereka tulis sudah sempurna dan tidak perlu lagi disunting. Oleh itu, bagi mengelakkan buku mereka disunting dan diubahsuai sesuka hati oleh penerbit, mereka mengambil keputusan menerbit sendiri.

Sikap ini perlu dielakkan. Ini kerana apabila anda menerbit sendiri buku tanpa disunting terlebih dahulu oleh editor yang layak, bermakna buku anda kurang berkualiti. Ini menjejaskan imej industri terbit sendiri dan menjatuhkan kredibiliti penulis lain yang menerbit sendiri.

Kuantiti terhad dan sedang kehabisan di pasaran. Segera miliki Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku hari ini sementara stok masih ada. Klik di sini

There are no comments on this post.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: