menerbit sendiri buku mereka kerana pelbagai sebab

Lihat situasi di bawah. Individu menerbit sendiri buku mereka kerana pelbagai sebab. Sebagai contoh:

Situasi 1

En. Shamsuddin adalah perancang kewangan bertauliah di Kuala Lumpur. Beliau sudah menulis banyak nota mengenai tip bagaimana merancang kewangan peribadi. Nota-nota ini beliau edarkan kepada setiap peserta seminar yang beliau anjurkan. Beliau bercadang menukar nota-nota itu menjadi buku dan menerbit sendiri. Buku itu akan dijual kepada peserta seminar beliau akan datang.

Situasi 2

En. Azhar adalah pensyarah di salah sebuah universiti tempatan di utara Semenanjung Malaysia. Salah satu subjek yang beliau ajar ialah subjek teras yang wajib diambil oleh setiap pelajar tahun satu. Setiap semester, ada tidak kurang daripada 600 pelajar yang mengambil subjek itu.

Buat masa sekarang, pelajar-pelajar hanya bergantung pada nota ringkas yang diberikan oleh En. Azhar. Beliau bercadang menulis semula nota sedia ada dan menerbit sendiri dalam bentuk buku. Kemudian buku-buku itu akan dijual terus kepada pelajar-pelajar yang mengambil subjek yang diajar setiap semester. Dengan cara ini beliau dapat membantu pelajar supaya lebih faham subjek yang diajar dan dalam masa yang sama, beliau mencipta pendapatan sampingan.

Situasi 3

Cik Ida berbakat menulis cerpen. Beliau pernah beberapa kali menang pertandingan cerpen semasa di sekolah menengah. Sejak setahun lepas beliau mula berjinak-jinak menulis novel pula. Beliau baru sahaja menyiapkan sebuah novel cinta. Itu adalah novel pertama beliau.

Beliau mengupah kawan baik beliau, Aini bagi membuat rekabentuk halaman dan kulit novelnya itu. Aini adalah artis DTP di salah sebuah syarikat penerbitan buku di Kuala Lumpur. Ida menghantar bukunya itu ke kedai percetakan digital dan membuat 10 salinan novelnya itu secara POD. Kemudian beliau menghadiahkan novelnya itu kepada kawan-kawan rapat sebagai hadiah dan meminta mereka memberi komen.

Situasi 4

Puan Salmah seorang ibu tunggal dan mempunyai 4 orang anak. Sejak suaminya meninggal akibat kemalangan jalan raya, beliaulah yang bertungkus-lumus mencari rezeki dan membesarkan anak-anak. Sekarang, beliau adalah usahawan wanita berjaya.

Anak-anak beliau kesemuanya menjadi individu berjaya. Beliau berhasrat membukukan pengalaman hidupnya dengan cara menerbit sendiri dan mengedar di pasaran umum supaya pengalaman beliau itu dapat dikongsi dengan orang ramai. Sebahagian hasil jualan bukunya nanti akan didermakan kepada Persatuan Ibu Tunggal Selangor.

Keempat-empat individu dalam empat situasi di atas mempunyai sebab dan objektif tersendiri mengapa mereka mahu terbit sendiri buku mereka. Apa yang penting ialah anda perlu memilih pendekatan sesuai dengan situasi dan harapan anda.

Sebagai panduan kepada anda:

Buat keputusan apakah sebab atau objektif yang anda hendak capai dengan terbit sendiri buku.

Apabila anda sudah tetapkan objektif terbit sendiri, barulah anda tahu sejauh mana masa, tenaga, duit dan risiko yang perlu anda laburkan.

Sumber yang dilaburkan bagi terbit sendiri buku mestilah sesuai dan realistik mengikut hasil yang anda harapkan.

Kuantiti terhad dan sedang kehabisan di pasaran. Segera miliki Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku hari ini sementara stok masih ada. Klik di sini

There are no comments on this post.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: