Arkib bagi Kategori ‘tip menerbit buku’

Anda dinasihatkan jangan terbit sendiri.
Mei 31, 2009

Cuba lihat alasan-alasan di bawah. Jika salah satu daripada alasan di bawah sama dengan alasan anda bagi menerbit sendiri buku, anda dinasihatkan jangan terbit sendiri. Hendak Cepat Kaya Jangan terbit sendiri hanya kerana anda hendak cepat kaya. Apabila anda tahu kos mencetak sebuah buku bersaiz 6” x 9” dengan 160 halaman ialah RM3 senaskhah dan [...]

menerbit sendiri buku mereka kerana pelbagai sebab
Mei 30, 2009

Lihat situasi di bawah. Individu menerbit sendiri buku mereka kerana pelbagai sebab. Sebagai contoh: Situasi 1 En. Shamsuddin adalah perancang kewangan bertauliah di Kuala Lumpur. Beliau sudah menulis banyak nota mengenai tip bagaimana merancang kewangan peribadi. Nota-nota ini beliau edarkan kepada setiap peserta seminar yang beliau anjurkan. Beliau bercadang menukar nota-nota itu menjadi buku dan [...]

Apabila anda terbit sendiri, anda yang tentukan.
Mei 29, 2009

Ramai penulis memilih menerbit sendiri buku kerana tiada penerbit komersial yang berminat menerbit buku mereka. Antara faktor mengapa penerbit tidak tertarik menerbit buku penulis ialah kerana pasarannya yang kecil. Penerbit lebih berminat menerbit buku yang mampu menarik ramai pembeli. Dengan cara ini secara automatik jualan buku berlipat kali ganda dan untung yang diperolehi juga tinggi. [...]

Ada juga yang masih tidak tahu dan jelas maksud terbit sendiri
Mei 28, 2009

Ramai penulis yang pernah menerbit buku dengan penerbit, selepas tempoh tertentu berhasrat menerbit sendiri bukunya. Mereka menyangka jika mereka terbit sendiri, tentulah imbuhan wang yang bakal diperolehi lebih banyak. Tidak kurang juga individu yang baru berjinak-jinak dengan dunia penulisan awal-awal lagi sudah menanam cita-cita ingin menerbit sendiri buku mereka. Hasrat itu timbul mungkin apabila mereka [...]

Ulasan buku Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku dalam Utusan Malaysia bertarikh 14 Mei 2008
Mei 14, 2008

Ulasan buku Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku dalam Utusan Malaysia bertarikh 14 Mei 2008 (klik di sini)  Sehari sebuah buku BUKU ini menjawab dilema para penulis dan pensyarah yang menghadapi kesukaran menerbitkan buku mereka melalui penerbit komersial sedia adalah dengan menerbit buku sendiri.  Satu-satunya naskhah bercetak tempatan yang secara sengaja tidak dipamerkan di kedai-kedai [...]

Tiga cara menentukan sebab terbit buku sendiri
Mei 13, 2008

Oleh Nazrul Samsudin Lihat situasi di bawah. Individu menerbit sendiri buku mereka kerana pelbagai sebab. Sebagai contoh:   Situasi 1 En. Shamsuddin adalah perancang kewangan bertauliah di Kuala Lumpur. Beliau sudah menulis banyak nota mengenai tip bagaimana merancang kewangan peribadi. Nota-nota ini beliau edarkan kepada setiap peserta seminar yang beliau anjurkan. Beliau bercadang menukar nota-nota [...]

Tiga petua mahu menjadi penulis yang berpengaruh
Mei 4, 2008

Oleh Zamri Mohamad Dalam satu temubual dalam rancangan mingguan Ogy dan Salleh di TV1, seorang penulis skrip bernama Nazli Jaafar telah dijemput. Beberapa pandangan yang menarik daripada beliau dapat dijadikan panduan kepada penulis bebas. Pertama, “Setiap hari saya akan memastikan diri saya mengenali seorang individu baru.” Kedua, “Sebagai penulis kita tidak boleh mudah menilai dan menghukum orang [...]

Saya mahu terbit buku sendiri
Mei 3, 2008

Oleh Nazrul Samsudin Ramai penulis memilih menerbit sendiri buku mereka kerana tiada penerbit komersial yang berminat menerbit buku mereka. Antara faktor mengapa penerbit tidak tertarik menerbit buku penulis ialah kerana pasarannya yang kecil. Penerbit lebih berminat menerbit buku yang mampu menarik ramai pembeli. Dengan cara ini secara automatik jualan buku berlipat kali ganda dan untung [...]

Buku percuma Rahsia Bisnes Mamak untuk anda
Mei 2, 2008

Buku Rahsia Bisnes Mamak dengan tandatangan penulis untuk SEORANG pembeli dihadiahkan percuma melalui cabutan bertuah bagi pembelian Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku sebelum atau pada 7 Mei 2008! Buku ini menduduki top 10 terlaris PTS Profesional di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008. Buku berharga RM23.00 setebal 239 halaman percuma untuk pembeli bertuah! Hanya [...]

Terbit sendiri dan terbit dengan orang lain
April 28, 2008

Oleh Nazrul Samsudin Terbit sendiri berbeza dengan terbit secara tradisional melalui penerbit buku. Anda menulis dan menyiapkan manuskrip kemudian menghantar manuskrip itu kepada penerbit bagi dinilai. Jika penerbit setuju menerbit manuskrip anda, proses seterusnya diuruskan oleh penerbit. Ini termasuklah urusan mencetak, memasar, menjual dan mengedar. Anda hanya menunggu bayaran royalti daripada penerbit selepas tempoh tertentu. [...]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.