Archive for Mei, 2009

Anda dinasihatkan jangan terbit sendiri.
Mei 31, 2009

Cuba lihat alasan-alasan di bawah. Jika salah satu daripada alasan di bawah sama dengan alasan anda bagi menerbit sendiri buku, anda dinasihatkan jangan terbit sendiri.
Hendak Cepat Kaya
Jangan terbit sendiri hanya kerana anda hendak cepat kaya. Apabila anda tahu kos mencetak sebuah buku bersaiz 6” x 9” dengan 160 halaman ialah RM3 senaskhah dan anda jual [...]

menerbit sendiri buku mereka kerana pelbagai sebab
Mei 30, 2009

Lihat situasi di bawah. Individu menerbit sendiri buku mereka kerana pelbagai sebab. Sebagai contoh:
Situasi 1

En. Shamsuddin adalah perancang kewangan bertauliah di Kuala Lumpur. Beliau sudah menulis banyak nota mengenai tip bagaimana merancang kewangan peribadi. Nota-nota ini beliau edarkan kepada setiap peserta seminar yang beliau anjurkan. Beliau bercadang menukar nota-nota itu menjadi buku dan menerbit sendiri. [...]

Apabila anda terbit sendiri, anda yang tentukan.
Mei 29, 2009

Ramai penulis memilih menerbit sendiri buku kerana tiada penerbit komersial yang berminat menerbit buku mereka. Antara faktor mengapa penerbit tidak tertarik menerbit buku penulis ialah kerana pasarannya yang kecil. Penerbit lebih berminat menerbit buku yang mampu menarik ramai pembeli.
Dengan cara ini secara automatik jualan buku berlipat kali ganda dan untung yang diperolehi juga tinggi.
Sebagai contoh, [...]

Ada juga yang masih tidak tahu dan jelas maksud terbit sendiri
Mei 28, 2009

Ramai penulis yang pernah menerbit buku dengan penerbit, selepas tempoh tertentu berhasrat menerbit sendiri bukunya. Mereka menyangka jika mereka terbit sendiri, tentulah imbuhan wang yang bakal diperolehi lebih banyak.
Tidak kurang juga individu yang baru berjinak-jinak dengan dunia penulisan awal-awal lagi sudah menanam cita-cita ingin menerbit sendiri buku mereka. Hasrat itu timbul mungkin apabila mereka mendengar [...]