Anda mungkin mempunyai sebab-sebab peribadi ataupun profesional mengapa anda hendak menerbit buku. Mungkin kerana hendak jadikannya sebagai sumber pendapatan tambahan.

Ataupun mungkin sumber pendapatan tetap sebagai penulis sepenuh masa.

Mungkin juga anda ada maklumat penting yang ingin dikongsi ataupun ada cerita menarik bagi disampaikan kepada umum.

Dan jika anda seorang pensyarah, mungkin kerana hendak naik pangkat.

Kebelakangan ini, penulis mula didedahkan dengan cara baru menerbit buku mereka sebagai jalan alternatif. Cara ini dinamakan sebagai terbit sendiri.

Penulis bestseller menerbitkan buku sendiri

Tahukah saudara, Di Malaysia sudah ramai penulis yang menerbit sendiri buku mereka. Antaranya Azizi Ali, Norhayati Berahim, Dato’ A Samad Said, dan ramai lagi.

Ramai juga yang menerbit sendiri buku terdiri di kalangan pensyarah universiti dan kolej khusus untuk para pelajar mereka.

Sebahagian sudah mencapai tahap bestseller, kini anda juga dapat memenuhi impian menerbitkan buku sendiri!

Mereka bermula dengan menerbitkan buku sendiri

Anda mungkin kenal dengan penulis novel Ahadiat Akashah yang terkenal dengan novel beliau Budak Setan satu masa dahulu. Nama beliau tersenarai dalam Malaysia Book of Records sebagai penulis novel paling banyak di Malaysia iaitu melebihi 70 judul.

Pada awalnya beliau juga menerbit novel dengan penerbit tempatan. Selepas itu beliau mula mempelajari teknik menerbit sendiri buku dan menerbitkan dari rumah beliau sendiri.

Selain novel sendiri, beliau turut menerbitkan novel penulis lain.

Kisah Faisal Tehrani menerbitkan buku sendiri

Seorang lagi novelis yang kini sedang meningkat naik namanya ialah Faisal Tehrani.

Akibat tidak berpuas hati dengan jualan buku beliau yang diterbitkan oleh salah sebuah penerbit terkenal, beliau mengambil keputusan menerbit sendiri novel beliau berjudul Tunggu Teduh Dulu.

Beliau berjaya menjualnya secara terus kepada peminat beliau melalui internet.

Aina Emir melangkah menerbitkan buku sendiri

Terkini sesiapa yang ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 mungkin ada yang singgah di booth penerbit baru KarnaDya yang ditubuhkan pada Ogos 2005.

Individu di sebalik KarnaDya ialah Aina Emir, penulis novel terkenal. Pada awalnya beliau hanya menerbit sendiri novel-novel terbaru yang beliau tulis.

Sekarang beliau sudah mula menerbitkan novel-novel tulisan penulis lain. Ini termasuklah novel remaja yang kini hangat di pasaran.

Azizi Ali mencipta kepuasan sendiri menerbitkan buku sendiri

Pernahkah anda mendengar nama Azizi Ali?

Beliau adalah seorang konsultan dalam bidang kewangan peribadi dan sudah menerbitkan beberapa buah buku mengenai kewangan peribadi.

Buku-buku itu beliau terbitkan sendiri di bawah syarikat beliau iaitu TrueWealth Sdn. Bhd. Syarikat beliau juga turut menerbitkan buku-buku hasil tulisan penulis lain.

Banyak buku terlaris asalnya diterbit sendiri oleh penulisnya.

Sebagai contoh, buku What Colour Is Your Parachutte? diterbitkan sendiri oleh Richard Nelson Bolles pada tahun 1970.

Buku ini sudah terjual lebih 8 juta naskhah, dan purata 1,000 naskhah sehari terjual serata dunia dan diterjemah ke dalam sepuluh bahasa.

Dua penulis bestseller terbit buku sendiri

Jika anda pengurus, anda mungkin pernah mendengar ataupun membaca buku The One Minute Manager.

Buku hasil tulisan Kenneth Blanchard dan Spencer Johnson ini juga salah satu contoh buku yang diterbit sendiri.

Buku ini antara buku terawal kategori bisnes yang memperkenalkan teknik pengurusan praktikal dalam bentuk cerita.

Pada awalnya kedua-dua penulis menerbit sendiri buku ini bagi digunakan dalam seminar yang mereka anjurkan.

Selepas mengambil kira pendapat dan cadangan daripada peserta seminar, buku itu disemak dan diperbaiki.

Akhirnya mereka berjaya menjual sendiri sebanyak 20,000 naskhah sebelum diterbitkan oleh sebuah penerbit komersial dan akhirnya berjaya menjadi salah satu buku best-seller.

Dr. Spencer Johnson cipta kejutan terbit buku sendiri

Satu lagi buku oleh Dr. Spencer Johnson yang beliau terbitkan sendiri ialah Who Moved My Cheese?

Buku setebal 94 halaman yang hanya mengisahkan 4 ekor tikus ini berjaya menjadi karya best-seller kategori bukan fiskyen di Publishers Weekly selama 64 minggu.

Buku ini pernah menduduki carta buku best-seller di kedai buku MPH tahun 2007.

Dapatkan keuntungan dari buku sendiri sehingga 80 peratus!

Anda tidak perlu lagi mengharapkan royalti 10-20 peratus yang ditawarkan oleh penerbit. Dengan terbit sendiri dan mengedar sendiri buku anda, anda dapat nikmati royalti sehingga 80 peratus.

Menerbit sendiri buku bukanlah asing terutamanya di negara-negara barat seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Ramai penulis-penulis terkenal dengan buku-buku Best-seller mereka sebenarnya bukanlah diterbit oleh penerbit terkenal. Tetapi mereka menerbit sendiri dengan belanja dari poket sendiri.

Memerlukan modal yang rendah bagi menerbitkan buku pertama anda!

Kos bagi menerbit sendiri buku anda juga tidaklah semahal seperti dahulu. Anda juga boleh buat duit dengan mengedar dan menjual sendiri buku yang diterbitkan dengan bantuan internet.

Terbit sendiri mula bertapak dan berkembang apabila teknologi baru percetakan dikenali sebagai percetakan digital dan desktop publishing diperkenalkan.

Sekarang, sebalik perlu cetak beribu-ribu naskhah bagi setiap judul yang terbit, anda boleh cetak minimum senaskhah sahaja dalam satu-satu masa.


Klik di sini

Tulis terbit dan jual sendiri buku anda secara mudah dan segera!

Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku anda ditulis khusus untuk ada. Kelebihan buku ini untuk anda

  • Ditulis dengan gaya bahasa yang mudah.
  • Penjelasan satu persatu yang mudah diikuti.
  • Tip yang dapat dilakukan pada bila-bila masa, cepat dan tepat,
  • Mempercepatkan impian menerbitkan buku anda pada pertama kali dan seterusnya.

Apa yang saya akan dapat apabila membaca buku ini?

  • Saya mendapat tip menyunting manuskrip sendiri mengikut kehendak pasaran buku.
  • Saya mendapat tip membuat rekabentuk halaman supaya nampak profesional.
  • Saya mendapat tip membuat kulit buku yang menarik.
  • Saya mendapat tip memilih editor dan artis grafik sambilan.
  • Saya mendapat tip bagaimana memohon ISBN dan PDP dari Pusat Bibliografi Negara.
  • Saya mendapat tip membuat anggaran untung rugi bagi buku sendiri.
  • Saya mendapat tip menetapkan harga buku yang menguntungkan.
  • Saya mendapat tip memasar dan mempromosi buku sendiri.
  • Saya mendapat tip mengedar dan menjual buku sendiri.
  • Saya mendapat tip bagaimana buku saya dapat ditukar menjadi e-book dan menggandakan keuntungan!

Saya mendapat semuanya hanya dari Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku

Hanya beberapa naskhah sahaja tinggal pada hari akhir selepas sepuluh hari di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 (PBAKL 08). Kini ia juga dijual secara online bagi menjamin naskhah anda diterima. Pesan senaskhah buku kelima bestseller di gerai buku PTS di PBAKL 08.

Klik di sini

Buku ini muncul dalam ulasan buku akhbar Utusan Malaysia 14 Mei 2008

Apa kata mereka yang mengenai penulis Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku

“Penulis mempunyai 6 tahun pengalaman menerbitkan buku. Ini termasuklah pengalaman membina judul buku bestseller, membimbing dan membangunkan penulis, menyunting, merekabentuk halaman dan kulit buku, menyediakan kos penerbitan, berurusan dengan pencetak, mempromosi dan mengedar buku yang diterbitkan.

Pengalaman praktikal menerbitkan buku yang beliau ada sudah cukup berguna bagi sesiapa yang berhasrat menerbit buku sendiri.”

Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, Profesor Bahasa Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

“Jika anda berhasrat menerbit sendiri buku, inilah buku rujukan terbaik yang boleh anda jadikan panduan.”

Sayid Munawar Sayid Mohd Mustar, pengacara segmen Resensi Buku, RTM 1

Dapatkan buku yang terlaris di pasaran di sini!

Hanya RM40 (termasuk pos) (Harga untuk semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak )

14 Respons

  1. […] . […]

  2. […] Miliki buku Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku. Klik di sini […]

  3. […] Miliki buku Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku. Klik di sini […]

  4. […] Kuantiti terhad dan sedang kehabisan di pasaran. Segera miliki Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku hari ini sementara stok masih ada. Klik di sini […]

  5. […] Kuantiti terhad dan sedang kehabisan di pasaran. Segera miliki Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku hari ini sementara stok masih ada. Klik di sini […]

  6. […] Kuantiti terhad dan sedang kehabisan di pasaran. Segera miliki Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku hari ini sementara stok masih ada. Klik di sini […]

  7. […] Kuantiti terhad dan sedang kehabisan di pasaran. Segera miliki Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku hari ini sementara stok masih ada. Klik di sini […]

  8. […] Kuantiti terhad dan sedang kehabisan di pasaran. Segera miliki Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku hari ini sementara stok masih ada. Klik di sini […]

  9. […] Kuantiti terhad dan sedang kehabisan di pasaran. Segera miliki Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku hari ini sementara stok masih ada. Klik di sini […]

  10. […] Kuantiti terhad dan sedang kehabisan di pasaran. Segera miliki Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku hari ini sementara stok masih ada. Klik di sini […]

  11. […] Kuantiti terhad dan sedang kehabisan di pasaran. Segera miliki Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku hari ini sementara stok masih ada. Klik di sini […]

  12. […] Kuantiti terhad dan sedang kehabisan di pasaran. Segera miliki Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku hari ini sementara stok masih ada. Klik di sini […]

  13. […] Kuantiti terhad dan sedang kehabisan di pasaran. Segera miliki Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku hari ini sementara stok masih ada. Klik di sini […]

  14. […] Kuantiti terhad dan sedang kehabisan di pasaran. Segera miliki Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku hari ini sementara stok masih ada. Klik di sini […]

Comments are closed.

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: